Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch D kini rasmi – Jam pintar yang menyokong bacaan ECG dan tekanan darah


Berkongsi pentas pelancaran HUAWEI P50 Pocket sebentar tadi adalah satu jam pintar terbaru daripada syarikat ini iaitu HUAWEI Watch D yang merupakan jam pintar pertama syarikat ini untuk menawarkan sokongan bacaan tekanan darah.

HUAWEI Watch D tampil dengan reka bentuk segiempat dan ianya juga dilengkapi dengan pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Selain kebolehan membaca tekanan darah, HUAWEI Watch D juga boleh merekod bacaan ECG, kadar degupan jantung dan lebih dari 70 aktiviti kecergasan.


Bercakap mengenai bateri, HUAWEI Watch D dilihat mampu menawarkan sehingga 7 hari jangka hayat bateri.

HUAWEI Watch D akan ditawarkan didalam dua warna iaitu putih dan hitam pada harga CNY 2,988 (RM 1,975).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.