Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Cip flagship Exynos 2200 untuk Galaxy S22 Series akan dilancarkan pada awal tahun 2022

Cip flagship Exynos 2200 untuk Galaxy S22 Series akan dilancarkan pada awal tahun 2022 1

Cip flagship Exynos 2200 untuk Galaxy S22 Series akan dilancarkan pada awal tahun 2022 2

Cip pemprosesan flagship Samsung yang dijangka akan dikenali Exynos 2200 dijangka akan dilancarkan secara rasmi tahun hadapan iaitu sebelum pelancaran Galaxy S22 Series yang dijangka tiba pada bulan Februari 2022.

Ini bermaksud Exynos 2200 akan dilancarkan sekitar bulan Januari dan Samsung berkata ianya sedang menyediakan sesuatu yang pasti menarik minat pengguna yang suka kepada permainan video.

Cip flagship Exynos 2200 untuk Galaxy S22 Series akan dilancarkan pada awal tahun 2022 3

Video animasi rasmi Samsung mengenai musim percutian ini mengisahkan sedikit sebanyak cabaran ketika pandemik yang dilalui oleh seorang budak yang tidak dapat berjumpa kawan-kawan dan hanya bersama didalam permainan video.

Cip flagship Exynos 2200 untuk Galaxy S22 Series akan dilancarkan pada awal tahun 2022 4

Selain itu, satu poster di atas katil budak ini juga mempunyai nombor yang tertera 2200 yang mungkin merupakan nama cipset Exynos terbaru ini.

Exynos 2200 dijangka akan diperbuat daripada proses FinFET 4nm yang mempunya GPU AMD Radeon Mobile yang akan membawa teknologi HDR Gaming, ray-tracing dan Variable Rate Shading yang sebelum ini hanya ditawarkan pada konsol gaming dan komputer sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.