Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Terowong SMART cipta rekod mengalihkan 5 juta meter padu air


Terowong dwi-fungsi SMART telah mencipta rekod penggunaan berterusan selama 22 jam yang telah mengalihkan air dari sungai Klang susulan daripada hujan berterusan selama 2 hari.

Terowong SMART yang dibina dengan kos RM 1 billion telah mengalihkan sebanyak 5 juta meter padu air sejak 1.32 petang hari Sabtu sehingga 12 tengahari hari Ahad.

Ini adalah rekod baharu dalam proses pengalihan air sejak 2007 dimana sebanyak 8 proses pengalihan air telah dilakukan dan pada setiap proses ini terowong SMART hanya digunakan untuk mengalihkan air untuk tempoh 3 jam sahaja.

Walaubagaimanapun, proses pengalihan kali ini telah beroperasi selama 22 jam ke kerana hujan yang berterusan di sekitar Lembah Klang.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Zaini Ujang berkata jika Terowong SMART tidak mengalihkan 5 juta meter padu air, kawasan utama Kuala Lumpur seperti Masjid Jamek mungkin mengalami banjir yang lebih teruk.

Air dari Sungai Ampang dan Sungai Klang yang dialihkan ke pusat takungan Taman Desa masih belum dilepaskan kerana paras air masih tinggi.

Walaupun operasi terowong SMART berjaya mengekalkan banjir yang lebih teruk di Kuala Lumpur, sistem pengurusan banjir tidak efektif di bandar utama lain seperti Shah Alam.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.