Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Shopee menyaksikan jumlah penjualnya meningkat lebih dua kali ganda tahun ini

Shopee menyaksikan jumlah penjualnya meningkat lebih dua kali ganda tahun ini 1

Shopee menyaksikan jumlah penjualnya meningkat lebih dua kali ganda tahun ini 2
Shopee
terus menyaksikan lebih ramai rakyat Malaysia mengalihkan, atau memulakan perniagaan mereka di atas talian, memandangkan jumlah penjual di platform tersebut meningkat lebih daripada dua kali ganda dalam masa setahun yang lepas. Ini menunjukkan peningkatan penglibatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana(PMKS) dalam ekonomi digital berikutan kebergantungan pengguna yang semakin meningkat pada e-dagang dan pembayaran digital.

Ramai penjual Malaysia juga telah dapat merancakkan pertumbuhan e-dagang mereka bersama Shopee. Malah, 80 penjual tempatan, yang telah menyertai Shopee pada tahun 2021, berjaya menjana jualan sebanyak lebih RM1 juta hanya dalam tahun pertama mereka di platform tersebut. Sebahagian daripada penjual ini berasal dari kawasan luar ibu negeri dan luar bandar-bandar utama seperti Hutan Melintang, Perak; Kulim, Kedah; dan Bera, Pahang. Mereka menjual produk mudah alih dan aksesori, barangan rumah dan kediaman, serta produk kesihatan dan kecantikan, antara lain.

Bagi Liow Chee Kah, 33, yang mengendalikan kedai Woohuu Store bersama isterinya di Shopee, beliau menjana jualan berjumlah RM1 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama menyertai platform e-dagang tersebut. “Walaupun harga produk saya agak rendah, namun ia bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk mencapai jumlah jualan ini. Semasa kami bermula di Shopee, kami menggunakan Shopee Ads dan menyertai kempen Shopee serta Jualan Kilat Shocking Sale. Ini terbukti berkesan dalam meningkatkan pendedahan kepada kedai saya dan menarik lebih ramai pengikut. Kini, sambil kami meneruskan strategi harga rendah, para pelanggan kembali untuk membeli berulang kali.”

Liow bekerja di sebuah kilang yang menghasilkan perabot di Bera, Pahang di mana perniagaan tersebut terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan. Beliau kemudian memutuskan untuk memulakan perniagaan atas talian di Shopee bersama isterinya bagi menampung pendapatan isi rumah mereka.

Bagi membantu lebih ramai penjual berjaya di atas talian, Shopee meraikan penjual-penjual tempatan dengan memperkenalkan lebih banyak kempen di peringkat serantaudan tempatan untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka. Di bawah inisiatif #ShopeeSapotLokal di Malaysia, Shopee menganjurkan pertandinganSeller of the Month’ di mana para penjual akan berkongsi perjalanan mereka sebagai penjual Shopee di media sosial. Penjual yang memenangi pertandinganini, setelah dipilih oleh juri dalaman dan undian daripada pengguna Shopee, akan menerima slot penstriman langsung terbitan Shopee Live, baucar kedai, Shopee ads credits dan barangan eksklusif.

Selain itu, kempen dua digit Shopee seperti 12.12 Jualan Hari Jadi yang sedang berlangsung bertujuan meraikan pencapaiapara penjual sambil menggalakkan sokongan rakyat Malaysia terhadap kedai mereka melalui tawaran yang menarik.

Sambutan akhir tahun yang paling meriah ini, yang sedang berlangsung hingga 12 Disember, memberi rakyat Malaysia Baucar Penghantaran Percuma tanpa pembelanjaan minimum serta 12 juta baucar.

Seorang pembeli bertuah akan membawa pulang sebuah kereta baharu dengan bermain Putar & Menang Hyundai Kona, ditaja sepenuhnya oleh AIG Malaysia Insurance Bhd.

Tambahan pula, rakyat Malaysia yang menambah nilai dompet ShopeePay mereka dari sekarang hingga 11 Disember juga bakal memenangi sehingga 12,121 Syiling Shopee setiap hari.

Platform e-dagang tersebut melalui #ShopeeGivesBack kini bekerjasama bersama 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan perusahaan sosial termasuk Budimas Charitable Foundation, Hopes Malaysia Welfare Association, Islamic Aid Malaysia dan MyKasih Foundation dalam usaha mengumpul sumbangan derma. Shopee juga berkolaborasi dengan Mydin, Nestlé, RB Home, Thong Guan Trading dan Unilever untuk menawarkan pengguna pilihan untuk menderma pek bundle antara RM30 dan RM100.

Hasil daripada sumbangan serta pek bundle ini akan disalurkan untuk menyediakan keperluan seperti air bersih, makanan dan kemudahan asas lain kepada komuniti luar bandar dan kurang bernasib baik di Malaysia.

Sempena sambutan ulang tahun Shopee yang ke-6, Shopee akan menganjurkan 12.12 Birthday Bash TV Show di Shopee Live dan TV3 dari jam 9 malam pada 11 Disember.

Rancangan itu akan mempersembahkan selebriti tempatan seperti Misha Omar, K-Clique, Siti Nordiana dan ramai lagi. Para penonton juga bakal terpikat dengan XBox Series X, Pengering Rambut Dyson Supersonic dan 12 juta Syiling Shopee yang dapat direbut semasa Shopee Shake Battle Mode.

Rancangan
TV itu juga akan menampilkan Timbang & Menang, di mana para penonton dapat meneka berat objek yang dipilih secara rawak oleh pengacara dan memenangi hingga RM15,000.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi, layari https://shopee.com.my/m/12-12

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.