nubia Red Magic 7 disahkan akan hadir dengan Snapdragon 8 Gen1 dan pengecasan 165W
Telefon pintar gaming ZTE nubia Red Magic 6s dan 6s Pro kini menawarkan sokongan pengecasan pantas 120W yang mana ianya hanya ditawarkan pada model yang dijual di pasaran China sahaja. Bagi pasaran antarabangsa pula, kedua-dua telefon pintar ini hanya ditawarkan dengan pengecasan 66W sahaja.
Dalam pada itu, nubia Red Magic 7 (NX679J) yang bakal dilancarkan tidak lama bakal tampil dengan sokongan pengecasan pantas 165W dan ianya telah mendapat pensijilan 3C.
Walaubagaimanapun, memandangkan teknologi pengecasan pantas 120W pada nubia Red Magic 6s Series tidak ditawarkan pada model antarabangsa, terdapat kemungkinan besar teknologi pengecasan 165W juga akan kekal eksklusif untuk nubia Red Magic 7 bagi pasaran China sahaja.
Selain itu, teknologi pengecasan terpantas adalah milik Xiaomi yang memperkenalkan teknologi pengecasan 200W HyperCharge pada bulan Mei yang lalu dan ianya dijangka akan ditawarkan pada telefon pintar Xiaomi yang akan memasuki pasaran pada bulan Jun 2022.
Berbalik kepada telefon pintar gaming ini, Digital Chat Station juga telah mengesahkan bahawa nubia Red Magic 7 akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen1 yang dilancarkan baru-baru ini.
sumber : GSMArena