Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Permintaan Apple iPhone 13 Series semakin berkurang kerana kekurangan bekalan

Permintaan Apple iPhone 13 Series semakin berkurang kerana kekurangan bekalan 3
Menurut laporan daripada Bloomber, Apple telah memaklumkan kepada pembekal bahawa permintaan bagi Apple iPhone 13 Series telah berkurangan dan syarikat Cupertino ini akan mengurangkan ramalan pengeluaran.

Apple sebelum ini telah memotong ramalan pengeluaran Apple iPhone 13 Series dari 90 juta unit kepada 80 juta unit kerana masalah kekurangan bekalan cipset dan jumlah ini akan di semak semula.

Salah satu sebab utama permintaan Apple iPhone 13 Series berkurang adalah pelanggan memutuskan untuk tidak membeli generasi tahun ini kerana masalah kekurangan stok.

Walaubagaimanapun, penganalisa pasaran masib meramalkan jualan musim percutian terbaik bagi Apple pada tahun ini dengan jualan bagi suku ke-4 sekitar $117 bilion atau 6% lebih baik berbanding tahun lalu.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.