Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9 series akan dilancarkan pada Q1 2022 – terdiri daripada 4 model


Setiap tahun, realme akan melancarkan dua generasi telefon pintar number series namun naib presiden realme iaitu Madhav Seth telah mengesahkan bahawa pelancaran realme 9 series hanya akan berlangsung pada awal tahun 2022 kerana masalah kekurangan bekalan cip.

Laporan terbaru mengatakan bahawa pelancaran realme 9 series akan berlangsung di India pada suku pertama 2022 dan terdapat 4 model yang akan dilancarkan iaitu Realme 9, Realme 9 Pro, Realme 9i, dan Realme 9 Max/Pro+

Selain itu, sumber ini juga mendedahkan bahawa realme 9 series akan dilancarkan pada bulan Februari dan terdapat kemungkinan ianya akan dilancarkan pada dua majlis pelancaran yang berbeza.

Buat masa ini tidak banyak maklumat mengenai telefon pintar ini diketahui namun realme 9 Pro dan realme 9 Max/Pro+ akan hadir dengan cip Snapdragon 870, skrin paparan AMOLED 120Hz dan sensor kamera utama 108MP.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.