Apple umum pembaikan percuma masalah pembesar suara bagi iPhone 12 dan iPhone 12 Pro
Jika anda merupakan pemilik Apple iPhone 12 atau iPhone 12 Pro dan pernah menghadapi masalah pada pembesar suara, anda mungkin layak menerima pembaikan percuma daripada Apple.
Program Pembaikan ini telah diumumkan untuk Apple iPhone 12 atau iPhone 12 Pro yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi daripada penerima semasa panggilan dan ianya meliputi peranti yang dikilangkan antara Oktober 2020 dan April 2021. Semua peranti yang mengalami masalah tersebut akan diservis secara percuma oleh Apple Authorized Service Provider.
Program pembaikan ini meliputi semua pengguna global namun pembaikan percuma ini hanya boleh dilakukan di negara peranti tersebut dibeli.
Program ini akan berlangsung selama dua tahun dari tarikh pertama iPhone 12 dan iPhone 12 Pro dijual.
Apple juga telah mengumumkan bahawa iPhone 12 Mini dan iPhone 12 Pro Max tidak terlibat didalam program ini.