HUAWEI nova 9 vs Samsung Galaxy S21 – Persaingan Flagship yang Sengit
HUAWEI nova 9 vs Samsung Galaxy S21 – Persaingan Flagship yang Sengit
Siri telefon pintar HUAWEI nova adalah sebuah portfolio telefon pintar HUAWEI yang menawarkan pengguna reka bentuk yang elegan dengan teknologi kamera terbaik yang memfokuskan kepada generasi muda.
Pelancaran HUAWEI nova 9 baru-baru ini telah memberikan pengguna satu telefon pintar yang boleh dikatakan sebagai sebuah peranti yang mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pelbagai model flagship keluaran syarikat terkemuka di pasaran.
Perbandingan antara beberapa model telefon pintar sebelum membuat keputusan akhir untuk membeli telefon pintar adalah proses yang rumit namun kelebihan yang dimiliki HUAWEI nova 9 memerlukan anda melihat ke tahap yang lebih tinggi dan membandingkanya dengan telefon pintar flagship seperti Samsung Galaxy S21.
Terdapat beberapa aspek utama yang boleh anda bandingkan sebelum membuat keputusan telefon pintar mana yang sesuai untuk anda dan berikut adalah perbandingan HUAWEI nova 9 dan Samsung Galaxy S21.
Reka Bentuk Premium AG Glass
HUAWEI nova 9 adalah sambungan kepada falsafah reka bentuk Ultra-Thin nova Series dengan ketebalan hanya 7.77mm manakala berat adalah sekitar 175 gram.
Apabila dibandingkan dengan Galaxy S21, HUAWEI nova 9 adalah lebih berat ( 175g vs 169g) namun nova 9 adalah lebih nipis (7.77mm vs 7.9mm) dan mempunyai bateri yang lebih besar.
Selain itu, reka bentuk ultra-thin dan melengkung ini juga membolehkan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan selesa berbanding telefon pintar Galaxy ini.
HUAWEI nova 9 menampilkan rekaan panel belakang AG Glass dan terdapat dua pilihan warna yang elegan iaitu Starry Blue dan Black.
Warna yang paling menonjol dalam HUAWEI nova 9 adalah Starry Blue yang merupakan hasil warna kombinasi warna biru ketepuan rendah dan ungu yang diadun dengan partikel berkilauan untuk menghasilkan satu spektrum warna yang penuh misteri.
Selain itu, tekstur sandblasted khas yang halus memberikan HUAWEI nova 9 satu kemasan yang anti gelincir dan anti cap jari.
Kemasan warna unik yang ditawarkan pada HUAWEI nova 9 ini tidak dapat ditandingi oleh telefon pintar Samsung Galaxy S21 ini kerana secara keseluruhan warna yang digunakan pada HUAWEI nova 9 adalah lebih tepat berbanding warna yang digunakan pada Samsung Galaxy S21.
Sebagai rekod, Samsung Galaxy S21 hadir dengan panel belakang plastik yang mirip gelas dan dikenali sebagai glasstic.
Skrin Paparan 120Hz dengan sokongan 1.07 bilion warna
HUAWEI nova 9 hadir dengan skrin paparan yang melengkung pada kedua-dua sisi seperti air terjun yang menawarkan pengalaman visual yang lebih imersif dan lebih cengkaman ketika digunakan. Reka bentuk skrin yang unik ini membolehkan HUAWEI nova 9 lebih selesa digunakan berbanding Samsung Galaxy S21.
Skrin paparan 6.57” yang dimiliki HUAWEI nova 9 juga mempunyai kadar segar semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 300Hz yang memberikan visual yang lancar dan lembut.
Dalam pada itu, Samsung Galaxy S21 juga menggunakan skrin paparan OLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz namun HUAWEI nova 9 menyokong 10-bit warna yang bermaksud skrin paparan ini menyokong paparan 1.07-bilion warna.
Selain itu, panel skrin HUAWEI nova 9 juga mempunyai teknologi True Original Colour yang menawarkan ketepatan warna gred tahap profesional. Setiap paparan HUAWEI nova 9 ditentukur secara profesional untuk memastikan ketepatan warna yang tinggi.
Sensor 50MP Ultra Vision dengan teknologi kamera gred-flagship XD Fusion Engine dan penapis warna RYYB
HUAWEI nova 9 hadir dengan teknologi kamera terbaru daripada HUAWEI iaitu sensor 50MP RYYB Ultra Vision Camera yang mempunyai penapis warna RYYB.
Sensor Ultra-Vision 50MP yang digunakan pada HUAWEI nova 9 bukanlah kamera dengan kadar resolusi tertinggi dipasaran kerana terdapat telefon pintar yang hadir dengan megapiksel melebihi 100MP.
Walaubagaimanapun, megapiksel sesuatu kamera sahaja tidak menjanjikan gambar yang baik kerana saiz dan jenis sensor adalah faktor yang mempengaruhi kualiti gambar yang diambil.
Sensor 50MP Ultra Vison HUAWEI nova 9 adalah lebih besar berbanding kebanyakkan sensor lain dipasaran dan ianya juga mempunyai penapis RYYB yang menjanjikan 40% lebih cahaya berbanding sensor RGGB.
Hasilnya, HUAWEI nova 9 mampu mengambil gambar yang lebih terang walaupun cahaya persekitaran adalah kurang.
Samsung Galaxy S21 pula mempunyai sensor wide 12MP bersama-sama sensor telefoto 64MP dan sensor ultrawide 12MP namun HUAWEI nova 9 mempunyai XD Fusion Engine yang merupakan satu teknologi perintis daripada telefon pintar flagship HUAWEI.
HUAWEI nova 9 mewarisi algoritma fotografi daripada telefon pintar flagship Huawei. XD Fusion Engine membolehkan setiap gambar yang diambil pada HUAWEI nova 9 mengekalkan perincian yang terbaik.
Selain itu, fotografi malam pada HUAWEI nova 9 juga lebih baik berbanding Galaxy S21 hasil penggunaan teknologi Light Fusion 4-in-1 yang mempunyai hasil gambar cahaya malap yang jauh lebih daripada apa yang mampu dihasilkan pada peranti Samsung.
Gambar Potret pada HUAWEI nova 9 ternyata lebih professional dengan kesan kabur latar belakang yang lebih baik selain gambar subjek yang lebih terang berbanding pada Samsung Galaxy S21.
Selfie yang lebih baik dengan sensor 32MP
HUAWEI nova 9 memiliki kamera swafoto 32MP yang mempunyai sensor 1/2.8-inci yang membolehkan anda menikmati hasil selfie beresolusi tinggi. Sensor yang digunakan pada HUAWEI nova 9 ini mempunyai resolusi 3 kali ganda lebih tinggi berbanding pada Galaxy S21 yang menggunakan sensor 10MP 1/3.24-inci.
HUAWEI nova 9 juga mempunyai kelebihan dari segi fotografi selfie pada waktu malam yang sangat mencabar dengan penggunaan ciri Super Night Selfie yang menggunakan AI untuk meningkatkan kecerahan bahagian yang gelap dan mengurangkan hingar digital dalam foto untuk hasil selfie yang lebih jelas dan teliti pada nova 9.
Hasilnya, HUAWEI nova 9 mampu memberikan anda hasil gambar potret yang jauh lebih baik apabila dibandingkan dengan gambar potret yang diambil dari telefon pintar flagship Samsung ini.
Satu lagi kelebihan yang dimiliki kamera selfie HUAWEI nova 9 adalah kebolehan membuat rakaman video vlog atau selfie pada resolusi 4K yang sangat jelas dan dengan penstabilan Smart AIS yang memastikan video anda stabil tanpa gegaran dan kekaburan.
Ciri video dual-view membolehkan anda membuat rakaman setaraf vlogger profesional dengan hanya menggunakan HUAWEI nova 9
Bateri lebih besar, pengecasan juga lebih pantas
Walaupun hadir dengan profil reka bentuk yang lebih nipis, HUAWEI nova 9 memiliki bateri berkapasiti 4,300mAh yang turut disertakan dengan penyelesaian penjimatan bateri terbaik. HUAWEI nova 9 menawarkan jangka hayat bateri yang jauh lebih baik berbanding apa yang mampu ditawarkan oleh Galaxy S21 yang memiliki bateri 4,000mAh.
Bercakap mengenai pengecasan pantas, HUAWEI nova 9 menampilkan teknologi pengecasan pantas termaju didalam industri iaitu 66W HUAWEI SuperCharge.
66W HUAWEI SuperCharge adalah teknologi pengecasan yang terdiri daripada gabungan satu sel bateri bersama tiga elektrod berkuasa tinggi yang meningkatkan kelajuan pengecasan dengan drastik yang selamat dan diiktiraf oleh TÜV Rheinland.
Teknologi pengecasan pantas ini membolehkan bateri HUAWEI nova 9 dicaj ke tahap 53% dalam masa 15 minit sahaja manakala pengecasan penuh ke tahap 100% akan mengambil masa 38 minit sahaja.
Pengecasan pantas ini adalah jauh lebih baik berbanding apa yang ditawarkan pada Samsung Galaxy S21 yang hanya menampilkan teknologi pengecasan 25W dan anda juga perlu membeli adapter pengecasan ini secara berasingan.
Penutup
Parameter di atas sedikit banyak memberikan anda gambaran penuh kelebihan yang dimiliki HUAWEI nova 9 berbanding Samsung Galaxy S21 yang ditawarkan pada harga yang lebih tinggi.
Secara keseluruhan, HUAWEI nova 9 menawarkan pengguna satu pakej telefon pintar gred setaraf flagship pada harga yang lebih mesra poket.
Samsung Galaxy S21 ditawarkan di Malaysia pada harga yang bermula dari RM 3,199 manakala HUAWEI nova 9 ditawarkan pada harga RM 1,999 sahaja. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa HUAWEI nova 9 menawarkan anda satu pakej telefon pintar yang setaraf malah lebih baik dari telefon pintar Samsung ini.
Dengan harga ultra-kompetitif yang ditawarkan, HUAWEI nova 9 menjanjikan anda sebuah peranti dengan pakej kamera flagship pada harga midrange.
Pra-Tempah HUAWEI nova 9 Hari Ini!
HUAWEI nova 9 kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia pada harga RM 1,999 dan setiap pembelian didalam tempoh pra-tempahan ini akan turut menerima HUAWEI FreeBuds Pro bernilai RM 699 secara percuma dan perkhidmatan HUAWEI Mobile Services bernilai RM 130.
Pra-tempahan HUAWEI nova 9 boleh dilakukan di HUAWEI Store Online, Senheng, HUAWEI Official Store di Shopee dan HUAWEI Flagship Store di Lazada
🛒HUAWEI Store Online
🛒 HUAWEI Official Store di Shopee
🛒 HUAWEI Flagship Store di Lazada
🏬 HUAWEI Experience Store