Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A95 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 sahaja

Oppo A95 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 sahaja 1

Oppo A95 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 sahaja 2
Oppo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran Malaysia iaitu Oppo A95 yang akan ditawarkan pada harga RM 1,099 sahaja.

Oppo A95 hadir dengan reka bentuk Oppo Glow yang premium dan ianya menampilkan penggunaan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.43-inci dengan lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 16MP.

Selain itu, Oppo A95 juga hadir dengan pemproses Snapdragon 662 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB dengan tambahan sehingga 5GB RAM virtual.

Dalam pada itu, Oppo A95 juga dilengkapi sensor utama 48MP yang dipadankan bersama sensor makro dan sensor depth pada resolusi 2MP.

Beralih kepada bateri pula, Oppo A95 mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 33W.

 

OPPO A95 akan ditawarkan didalam  dua warna menarik iaitu Glowing Rainbow Silver dan Glowing Starry Black.

Pra tempahan akan bermula dari 15 November 2021 sehingga 19 November 2021.

Oppo A95 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 sahaja 3
Setiap pra tempahan akan menerima Enco Buds bernilai RM159 dengan hanya menambah RM1!

Selain itu, ahli My OPPO boleh menebus tawaran terhad kod promo RM50 pada aplikasi My OPPO.

Pelanggan juga boleh mendapatkan 6 bulan jaminan tambahan bernilai RM49.90 dan OPPO VOOC Powerbank bernilai RM229 apabila membeli OPPO A95 di Stor Atas Talian Rasmi OPPO dan mengambilnya di OPPO Brand Store.

Kini anda boleh memilih untuk membuat pra tempahan di semua My OPPO Space, Kedai-Kedai Jenama OPPO, Kedai Atas Talian Rasmi OPPO, semua Pengedar Sah OPPO, Kedai Atas Talian Sah OPPO, Rakan Rangkaian Kedai dan Rakan e-dagang seperti Shopee, Lazada serta Astro Go Shop.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.