Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Prestasi Kemuncak Exynos 2200 dikatakan 30% lebih baik dari Exynos 2100


Pelancaran cip pemprosesan Exynos 2200 akan menjadi satu detik yang penting didalam bahagian grafik pada telefon pintar.

Cip pemprosesan terbaru Samsung ini akan hadir dengan GPU AMD RDNA 2 yang hampir sama seperti pada PlayStation 5 dan Xbox One Series.

Leakster  @FrontTron telah berkongsi statistik yang menunjukkan peningkatan prestasi berbanding Exynos 2100.

Prestasi kemuncak Exynos 2200 dikatakan akan meningkat antara 31-34% manakala prestasi konsisten pula dikatakan akan meningkat antara 17-20%. Nombor ini adalah berdasarkan ujian sebelum pelancaran dan ianya mungkin berubah pada produk akhir.

Buat masa sekarang, masih belum ada sebarang maklumat perbandingan GPU pada Exynos 2200 ini dengan GPU Adreno yang akan digunakan pada cip Snapdragon 898.

Selain itu, cip Exynos 2200 juga dijangka akan mempunyai kelebihan besar berbanding Snapdragon 888 pada ujian 3DMark Wild Life namun masih belum ada data mengenai perbandingan dengan Snapdragon 898.

GPU AMD yang digunakan pada Exynos 2200 akan membawakan beberapa ciri unik kepada telefon pintar seperti ray tracing yang merupakan satu standard tinggi didalam gaming pada komputer dan konsol permainan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.