Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch GT 3 Series dan FreeBuds Lipstick akan dilancarkan di Malaysia 20 November ini


HUAWEI Mobile secara rasminya telah mengesahkan bahawa jam pintar HUAWEI Watch GT 3 Series dan HUAWEI FreeBuds Lipstick akan dilancarkan di Malaysia pada 20 November ini.

Pelancaran dua peranti terbaru HUAWEI ini menyusul selepas pelancaran HUAWEI MateBook 14S dan HUAWEI nova 9 di Malaysia baru-baru ini.

HUAWEI Watch GT 3 Series

HUAWEI Watch GT 3 Series hadir didalam dua saiz iaitu 46mm dan 42mm yang masing-masing menawarkan sehingga 14 hari dan 7 hari jangka hayat bateri.

HUAWEI Watch GT 3 46mm tampil dengan skrin paparan Always On AMOLED berukuran 1.43-inci manakala HUAWEI Watch GT 3 42mm pula menampilkan skrin paparan Always On AMOLED berukuran 1.32-inci.

HUAWEI Watch GT 3 Series ini juga menyokong bacaan heart rate, 100+ mod kecergasan, bacaan SpO2 dan satu butang fizikal yang dikenali sebagai Rotating Crown.

Selain itu, HUAWEI Watch GT 3 Series ini juga mempunyai Dual-Band Five-System GNSS, sokongan pengecasan tanpa wayar, pemproses ARM Cortex-M,  32MB ROM, 4GB storan dalaman dan sistem operasi HarmonyOS 2.0.

HUAWEI FreeBuds Lipstick

HUAWEI FreeBuds Lipstick adalah sebuah earbuds yang menggabungkan fesyen dan teknologi yang unik.

Direka oleh pusat penyelidikan estetik di Paris, FreeBuds Lipstick didatangkan dengan bekas berwarna hitam dan emas dengan earbuds berwarna merah di dalamnya.

HUAWEI FreeBuds Lipstick mewarisi beberapa teknologi menarik seperti open-fit Active Noise Cancellation (ANC) 2.0 yang digabungkan bersama Adaptive Ear Matching (AEM) yang menjadikanya sebuah earbuds dengan pengalaman bunyi yang imersif untuk membawa teknologi pembatalan bunyi hingar ke tahap yang baharu.

Untuk melengkapkan ekosistem HUAWEI yang sempurna, HUAWEI FreeBuds Lipstick juga boleh digunakan bersama HUAWEI Watch GT 3 Series.

Maklumat lanjut mengenai HUAWEI Watch GT 3 Series dan HUAWEI FreeBuds Lipstick akan diumumkan pada 20 November ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.