Rangkaian IKEA Gaming akan mula ditawarkan di semua gedung IKEA mulai 11 November ini
Rangkaian permainan digital IKEA baharu yang dihasilkan menerusi gandingan dengan pakar permainan, Republic of Gamers (‘ROG’) membawakan penyelesaian permainan yang bukan sahaja serba lengkap dan diperibadikan, malah boleh boleh disepadukan secara sempurna dengan kediaman anda bagi meningkatkan prestasi permainan digital anda!
Direka bentuk untuk mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik buat semua serta menginspirasikan para pemain digital, rangkaian ini terdiri daripada 5 famili produk: UPPSPEL, LÅNESPELARE, MATCHSPEL, UTESPELARE dan HUVUDSPELARE. Semua produk UPPSPEL merupakan rekaan hasil kerjasama antara IKEA dan ROG, manakala famili produk yang lain dibangunkan oleh IKEA sendiri, berbekalkan inspirasi daripada pandangan dan pengetahuan yang dikongsi oleh ROG, bagi menepati keperluan para pemain digital dari segi fungsi, reka bentuk, dan harga.
Pelancaran rangkaian pemainan digital IKEA melambangkan usaha sulung IKEA dalam menceburi dunia permainan digital, sekali gus menawarkan penyelesaian yang komprehensif, moden, berfungsi,dan mampu milik untuk dinikmati semua pemain digital.
Rangkaian permainan digital IKEA tampil lengkap dengan meja dan kerusi permainan yang ergonomik serta aksesori yang akan menghidupkan lagi ruang permainan digital anda, selain meningkatkan prestasi permainan digital anda.
Rangkaian baharu ini menawarkan meja dan kerusi permainan digital dalam pelbagai lingkungan harga bagi memenuhi keperluan semua pemain digital.
Rangkaian permainan digital IKEA boleh didapati di semua gedung IKEA mulai 11 November 2021 dan untuk pembelian dalam talian menerusi IKEA.my/gaming pula akan ditawarkan mulai 14 November 2021.
Menerusi kerjasama dengan ASUS Republic of Gamers Malaysia, bermula pada 11 November 2021, ahli IKEA Family boleh menebus kemeja-T ROG edisi terhad dengan pembelian minimum sebanyak RM500 dalam satu resit.
*Promosi eksklusif ini terhad kepada 100 pertama ahli di setiap gedung IKEA sementara stok masih ada.