Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan ROG Kunai 3 Gamepad dengan pembelian Asus ROG Phone 5s


Telefon pintar gaming terbaru daripada Asus iaitu ROG Phone 5s telah mula ditawarkan di Malaysia sejak awal bulan lalu dan sempena jualan 11.11 yang kini sedang berlangsung, anda mempunyai insentif tambahan untuk memiliki telefon pintar gaming terbaik dipasaran ini.

Asus Malaysia telah mengumumkan bahawa setiap pembelian ROG Phone 5s akan menerima satu unit ROG 3 Kunai 3 Gamepad secara percuma.

Dua model ROG Phone 5s yang akan menerima hadiah percuma ini adalah ROG Phone 5s versi 8/128GB yang ditawarkan pada harga RM 2,999 dan Asus ROG Phone 5s 16/256GB yang ditawarkan pada harga RM 3,799.

Promosi terhad ini adalah sah dari 10 hingga 24 November 2021 di stor rasmi Asus di Lazada dan Shopee.

Selain itu, bagi pembelian pada 11 November ini, Asus juga menawarkan baucar diskaun bernilai RM 50 dengan setiap pembelian bernilai RM 450 dan ke atas.

ROG Flagship Store > Lazada

ROG Flagship Store > Shopee

Baca : ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro – Peranti Gaming yang semuanya Pro

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.