Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C25Y kini rasmi di Malaysia dengan pemproses UNISOC T618 dan kamera utama 50MP – harga dari RM 599

realme C25Y kini rasmi di Malaysia dengan pemproses UNISOC T618 dan kamera utama 50MP - harga dari RM 599 1

realme C25Y kini rasmi di Malaysia dengan pemproses UNISOC T618 dan kamera utama 50MP - harga dari RM 599 2
realme secara rasminya telah melancarkan telefon pintar kelas entry-level realme C25Y untuk pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 599 sahaja.

realme C25Y merupakan model terkini didalam keluarga realme C Series dan ianya hadir dengan pemproses UNISOC T618 yang dipadankan dengan 4GB RAM bersama dua storan dalaman iaitu 64GB atau 128GB.

realme C25Y hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.5-inci yang mempunyai takukan mini-drop dengan nisbah nisbah skrin kepada badan 88.7%.

realme C25Y kini rasmi di Malaysia dengan pemproses UNISOC T618 dan kamera utama 50MP - harga dari RM 599 3
Selain itu, realme C25Y juga mempunyai sensor utama 50MP yang disertakan bersama sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 8MP.

realme C25Y juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W dan terdapat juga fungsi OTG reverse charging.

realme C25Y akan ditawarkan di Malaysia mulai 6 November ini dengan harga RM 699 bagi varian 4/128GB dan ianya boleh dibeli di stor rasmi realme di Lazada dan Shopee.

realme C25Y versi 4/64GB pula akan ditawarkan pada harga RM 599 namun anda boleh mendapatkanya pada harga RM 499 sempena  jualan pertama yang akan berlangsung pada 11 November ini di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.