Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tablet realme Pad kini rasmi di Malaysia pada harga serendah RM 799


realme secara rasminya telah melancarkan tablet pertama syarikat ini iaitu realme Pad untuk pasaran Malaysia dengan harga dari RM 799 sahaja.

realme Pad hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 10.4-inci dengan resolusi 2000 x 1200 piksel pada rekaan yang sangat nipis iaitu hanya 6.9mm.

realme Pad hadir dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G80 yang dipadankan dengan tiga kapasiti RAM iaitu 3GB, 4GB RAM atau 6GB manakala storan dalaman adalah antara 32GB, 64GB atau 128GB dan terdapat slot microSD untuk tambahan storan.

Bercakap mengenai kamera, realme Pad memiliki dua unit kamera HD 8MP iaitu satu dibahagian belakang dan satu dibahagian hadapan.

Sebagai sebuah tablet multimedia, realme Pad juga memiliki 4 pembesar suara pada setiap sisi yang mempunyai sokongan Dolby Atmos ‘adaptive surround sound’.

Pada bahagian bateri pula, realme Pad hadir dengan bateri berkapasiti 7,100mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W dan ianya juga boleh digunakan untuk mengecas peranti lain melalui ciri reverse charging.

Seterusnya, realme Pad juga akan hadir dengan antaramuka realme UI for Pad yang berasaskan Android 11.

realme Pad akan ditawarkan didalam dua warna iaitu realm Gold dan realme Grey dan terdapat juga varian LTE.

Berikut adalah harga realme Pad yang akan ditawarkan di Malaysia secara eksklusif di Shopee bermula 11 November ini :

realme Pad Wi-Fi 3/32GB – RM 799

realme Pad LTE 3/32GB – RM 899

realme Pad LTE 4/64GB – RM 999

realme Pad LTE 6/128GB – RM 1,199

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.