Samsung Galaxy S21 FE di senarai semula di laman rasmi Samsung
Selepas tertunda beberapa kali, Samsung dilihat kini mempunyai perancangan untuk melancarkan Samsung Galaxy S21 FE dan ianya telah disenaraikan di laman web rasmi Samsung Africa.
Laman sokongan bagi model telefon pintar SM-G990 ini telah dipadam sebelum ini namun kini ianya telah ada semula yang menandakan pelancaran telefon pintar ini semakin hampir menjadi realiti.
Berdasarkan laporan sebelum ini, Samsung Galaxy S21 FE dijangka akan dilancarkan pada 11 Januari 2021 yang juga bermaksud pelancaran Samsung Galaxy S22 Series akan hanya berlangsung pada bulan Februari 2021.
Selain itu, model SM-G990 yang dipaparkan di laman Samsung Afrika ini adalah varian global yang mempunyai cip pemprosesan Exynos 2100 namun terdapat juga varian yang akan menggunakan cip Snapdragon 888.
Dalam pada itu, Samsung Galaxy S21 FE ini juga dijangka akan hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.4-inci dengan kadar segar semula 120Hz, bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W.
sumber : GSMArena | sumber gambar LetsGoDigital