Redmi Watch 2 akan dilancarkan pada 28 Oktober – skrin AMOLED yang lebih besar
Xiaomi atau Redmi secara khususnya telah mengesahkan bahawa Redmi Note 11 Series akan dilancarkan pada 28 Oktober dan pelancaran ini nampaknya akan turut disertakan dengan pelancaran Redmi Watch 2.
Selain itu, gambar teaser yang dimuat naik pada akaun Weibo syarikat ini juga mendedahkan reka bentuk jam pintar ini yang kini kelihatan akan tampil dengan skrin paparan AMOLED yang lebih besar (Redmi Watch memiliki skrin 1.4-inci) dan ini juga menyebabkan posisi butang sisi telah dialihkan pada bahagian tengah.
Selain itu, Digital Chat Station juga mendedahkan bahawa Redmi Watch 2 ini akan hadir didalam tiga warna iaitu beige, blue dan black. Ianya akan turut hadir dengan perekod aktiviti sukan, kesihatan dan pensijilan kalis air. Harga dijangka kekal dalam kelas entry-level.