Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI nova 9 disahkan akan memasuki pasaran Malaysia – pelancaran pada 28 Oktober


HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan bahawa majlis APAC Autumn Product Launch akan berlangsung pada 28 Oktober ini dan ianya akan menyaksikan pelancaran HUAWEI MateBook 14s, HUAWEI nova 9 dan HUAWEI Watch GT 3 Series yang turut akan memasuki pasaran Malaysia.

HUAWEI nova 9 adalah peranti yang mencuri tumpuan dan ianya telah dilancarkan di China beberapa bulan lalu sebelum memasuki pasaran Eropah semalam.

HUAWEI nova 9 akan hadir dengan skrin paparan 1.07 biliom warna curved OLED berukuran 6.57-inci dengan kadar segar semula 120Hz, pemproses Snapdragon 778G 4G,sensor 50MP Ultra Vision Camera dan sokongan pengecasan pantas 66W HUAWEI SuperCharge.

Selain daripada itu, HUAWEI nova 9 juga akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,300mAh dan akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Starry Blue dan Black.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.