Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco C31 kini rasmi dengan Helio G35 pada harga sekitar RM 479

Poco secara rasminya telah melancarkan Poco C31 yang merupakan model kedua didalam Poco C Series selepas pelancaran Poco C3 tahun lalu.


Poco C31 hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.53-inci yang turut memiliki pensijilan TUV Rheinland Reading Mode dan takukan yang menempatkan kamera selfie 5MP.

Selain itu, Poco C31 hadir dengan cip pemprosesan Helio G35 yang dipadankan dengan 3GB/4GB RAM, storan dalaman 32/64GB dan Android 10 namun Poco mendakwa antaramuka telefon pintar ini tidak akan mempunyai sebarang iklan.

Beralih kepada bahagian belakang, Poco C31 ini tampil dengan reka bentuk polikarbonat dwi-tona yang juga mempunyai tetapan tiga kamera yang terdiri daripada sensor utama 13MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. Terdapat juga sensor capjari.

Poco C31 juga mempunyai pelindung getah dan lapisan nano P2i yang melindungi slot SIM dan slot lain daripada kelembapan, habuk dan percikan air.

Dalam pada itu, Poco C31 juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh yang menjanjikan 2 hari jangka hayat bateri dan 1,000 kitaran pengecasan.

Poco C31 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Royal Blue dan Shadow Grey pada harga INT 8,499 (RM 479) bagi versi 3/32GB dan INR 9,499 (RM 535) bagi versi 4/64GB.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.