Siapa HONOR sekarang? – kisah di sebalik ‘comeback’ Honor sebagai jenama peranti pintar
Pada zaman di mana gajet menjadi sebahagian daripada gaya hidup, banyak jenama telefon pintar mula memasuki pasaran.
Ikuti kisah permulaan HONOR dalam perjalanan menjadi antara jenama peranti pintar terbaik sejak 2013.
Dengan impian untuk menerajui pasaran peranti pintar yang ikonik dan hebat di minda pengguna secara global, HONOR meletakkan komitmen tinggi dalam membangunkan teknologi bagi pengguna menikmati keupayaan inovatif serta teknologi termaju secara global.
Menjelang November 2020, HONOR melebarkan sayapnya untuk terus maju sebagai jenama yang mampu berdiri atas kekuatan sendiri.
Hari ini, HONOR telah berkembang sebagai antara syarikat yang terbesar dan proses ini meningkatkan peluang pekerjaan.
Lebih 50% daripadanya terdiri daripada kumpulan profesional penyelidik dan pembangunan (R&D) yang berdedikasi membangunkan teknologi termaju di empat pusat R&D dan lebih 100 makmal di seluruh dunia.
HONOR bangga dengan perkembangannya yang kini telah membuka lebih daripada 3,000 pusat perkhidmatan dengan 2,000 wakil perkhidmatan untuk memberi perkhidmatan premium dan cekap kepada peminat HONOR di 100 pasaran.
Angka ini mencatat peningkatan lebih baik dengan 10,000 wakil jualan ditempatkan di lebih 30,000 stor Experience dan runcit di seluruh dunia.
Dengan menumpu untuk membolehkan pengalaman pengguna yang dipercayai terhadap rangkaian produk, perkhidmatan dan pembelian HONOR kepada peminatnya, semua kualiti ini dipenuhi melalui Skor Promoter Bersih yang amai dinilai tinggi. Ini penting untuk meyakinkan peminat terhadap HONOR.
Dalam pada itu, HONOR berazam untuk memberikan pengalaman terbaik untuk rangkaian produk, perkhidmatan, dan pembelian kepada penggunanya.