Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPad Mini 6 dilancarkan secara rasmi dengan cip A15 Bionic, USB-C dan 5G pada harga dari RM 2,299


Pada Pelancaran Apple awal pagi tadi, Apple juga telah memperkenalkan iPad Mini 6 yang hadir dengan reka bentuk baharu dan cip pemprosesan Apple A15 Bionic.


Apple iPad Mini 6 ini hadir dengan reka bentuk yang lebih rata yang menempatkan skrin paparan Liquid Retina berukuran 8.3-inci yang mempunyai kadar kecerahan 500nits namun kadar segar semula adalah 60Hz.

Selain itu, skrin paparan ini juga menyokong input Apple Pencil dan ianya boleh dilekapkan pada sisi yang mempunyai medan magnetik.


Dalam pada itu, Apple iPad Mini 6 juga hadir dengan pembesar suara stereo, butang kuasa yang menempatkan sensor TouchID, bateri yang dicaj menggunakan USB-C (20W), WiFi 6 dan sokongan 5G.

Selain itu, Apple iPad Mini juga hadir dengan kamera 12MP dan bahagian belakang dan sensor ultra wide 12MP pada bahagian hadapan yang juga mempunyai ciri Centre Stage.

Apple iPad Mini 6 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Space Gray, Pink, Purple dan Starlight.

Apple Malaysia telah mengumumkan harga jualan iPad Mini 6 di Malaysia namun tarikh jualan masih belum diketahui.


Berikut adalah harga Apple iPad Mini 6 di Malaysia :

Apple iPad Mini 6 WiFi 64GB – RM 2,299

Apple iPad Mini 6 WiFi + 5G 64GB – RM 2,949

Apple iPad Mini 6 WiFi 256GB – RM 2,949

Apple iPad Mini 6 WiFi + 5G 256GB – RM 3,599

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.