Samsung Galaxy Tab S7 FE kini dibuka untuk pra-tempahan- harga dari RM 1,899
Samsung Galaxy Tab S7 FE yang dilancarkan baru-baru ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dan DirectD kini telah membuka pra-tempahan bagi tablet ini.
Samsung Galaxy Tab S7 FE hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 12.4-inci dengan resolusi 2560 x 1600 piksel namun hanya mempunyai kadar segar semula 60Hz.
Samsung Galaxy Tab S7 FE ini hadir dengan cip Snapdragon 750G, dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 4/64GB dan 6/128GB yang juga boleh ditambah sehingga 1TB storan dengan kad microSD.
Samsung Galaxy Tab S7 FE juga hadir dengan s-pen dalam kotak, antaramuka OneUI 3.1 yang berasaskan Android 11 dan ianya juga menyokong mod DeX yang menawarkan fungsi seperti sebuah komputer.
Selain itu, Galaxy Tab S7 FE juga memiliki bateri berkapasiti 10,900mAh dengan pengecasan pantas 45W namun hanya adapter 15W disertakan didalam kotak.
Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy Tab S7 FE hadir dengan satu unit kamera 8MP dibelakang manakala pada bahagian hadapan adalah kamera 5MP dengan mod tracking wajah ketika panggilan video.
Lain-lain spesifikasi Galaxy Tab S7 FE ini adalah 5G, Wi-Fi 5, Bluetooth 5.0, GPS dan pembesar suara stereo AKG dengan Dolby Atmos.
Samsung Galaxy Tab S7 FE 5G akan ditawarkan di Malaysia didalam dua varian iaitu versi 4/64GB pada harga RM 1,899 dan versi 6/128GB pada harga RM 2,199 yang mana kedua-dua model ini juga didatangkan dengan S Pen.
Selain itu, bagi pembelian Samsung Galaxy Tab S7 FE varian 4/64GB, anda akan menerima Galaxy Tab S7 FE Book Cover manakala versi 6/128GB pula akan menerima Book Cover Keyboard secara percuma.
Pra-tempahan Samsung Galaxy Tab S7 FE boleh dilakukan di SINI