Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A03s kini rasmi di Malaysia – peranti entry-level pada harga RM 559

Samsung Galaxy A03s kini rasmi di Malaysia - peranti entry-level pada harga RM 559 7Samsung Mobile secara rasminya telah melancarkan satu lagi telefon pintar entry-level iaitu Samsung Galaxy A03s yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 559 sahaja.

Terus kepada spesifikasi, Samsung Galaxy A03s hadir dengan skrin paparan TFT LCD Infinity-V berukuran 6.5-inci (720 x 1600), pemproses MediaTek Helio P35, 4GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Samsung Galaxy A03s kini rasmi di Malaysia - peranti entry-level pada harga RM 559 8

Selain itu, Samsung Galaxy A03s juga hadir dengan sensor utama 13MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 5MP.

Selain itu, Samsung Galaxy A03s juga hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut disertakan dengan pengecasan 7.75W, sensor capjari pada bahagian sisi, Android 11 dan slot microSD (1TB).

Samsung Galaxy A03s kini rasmi di Malaysia - peranti entry-level pada harga RM 559 9

Samsung Galaxy A03s kini ditawarkan didalam tiga pilihan warna matte iaitu Black, Blue, dan White pada harga RM 559.

Dapatkan Samsung Galaxy A03s di Samsung Online Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.