Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Fold3 terbukti tahan lasak – dinobatkan telefon pintar foldable paling kukuh dipasaran


Pada majlis pelancaran Samsung Galaxy Z Series pertengahan bulan lalu, Samsung sangat memfokuskan kepada ketahanan tinggi telefon pintar Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip3 ini.

Penambahbaikan adalah termasuk kalis air IP68, bingkai logam yang diperkukuhkan, engsel yang lebih kuat, dan permukaan paparan lipatan yang lebih lasak.

Penyedia pelan perlindungan peranti yang berpangkalan di Amerika iaitu Allstate menyiarkan video ujian ketahanan yang dijalankan pada telefon pintar ini didalam satu video YouTube.

Berdasarkan ujian yang dijalankan syarikat ini, Allstate, Samsung Galaxy Z Fold3 5G berjaya melepasi ujian jatuhan skrin paparan foldable pada ketinggian 6 kaki dengan kerosakan minima namun panel skrin luaran (Cover Screen) tidak mempunyai nasib yang sama apabila ianya retak didalam jatuhan pertama.


Dalam pada itu, Samsung Galaxy Fold3 ini juga telah melalui ujian kalis air dimana ianya terbukti mampu bertahan didalam air tanpa sebarang kerosakkan pada kedalaman 5 kaki (1.5 meter).

Hasil ujian ini, Allstate telah menobatkan Samsung Galaxy Z Fold3 sebagai telefon foldable paling lasak dipasaran.

Samsung Galaxy Z Fold3 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 6,699 dan pra-tempahan kini telah dibuka.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.