Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Pad dijangka akan dilancarkan pada 9 September ini

realme Pad dijangka akan dilancarkan pada 9 September ini 3
Pada pelancaran global realme GT Master Edition, realme telah mengesahkan bahawa syarikat ini akan melancarkan komputer riba dan tablet pertama mereka tidak lama lagi.

Tidak lama selepas itu, realme telah memperkenalkan komputer riba realme Book yang ditawarkan di Malaysia dan kini pelancaran tablet realme Pad dilihat semakin hampir menjadi realiti.

Madhav Sheth yang merupakan ketua pegawai eksekutif realme India dan Eropah telah berkongsi satu gambar teaser yang mendedahkan profil nipis tablet ini.

Selain itu, realme Pad juga telah disahkan akan hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 10.4-inci yang mempunyai resolusi FHD+, pemproses MediaTek Helio G80 dan bateri berkapasiti 7,100mAh.

Selain itu, laporan realmetimes pula mendedahkan bahawa pelancaran realme Pad dan beberapa produk lain akan berlangsung pada 9 September ini.

Antara produk yang mungkin dilancarkan bersama-sama realme Pad adalah realme 8i, realme 8s dan beberapa produk AIoT.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.