Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 10 kini rasmi di Malaysia – mula dijual 20 Ogos ini pada harga RM 649


Xiaomi Malaysia secara rasminya melancarkan Xiaomi Redmi 10 yang akan mula dijual pada 20 Ogos ini dengan harga penjualan RM 649 sahaja.

Terus kepada spesifikasi, Xiaomi Redmi 10 hadir dengan skrin paparan FHD+ 90Hz berukuran 6.5-inci dengan AdaptiveSync.

Selain itu, Xiaomi Redmi 10 juga tampil cip pemprosesan Helio G88, 4GB atau 6GB RAM manakala storan dalaman adalah antara 64GB atau 128GB.

Pada bahagian kamera pula, Xiaomi Redmi 10 memiliki sensor utama 50MP, sensor ultrawide 8MP,  sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie Redmi 10 ini adalah 8MP.

Beralih kepada bateri, Xiaomi Redmi 10 akan hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Lain-lain spesifikasi Redmi 10 adalah sensor capjari dibahagian sisi, antaramuka MIUI 12.5 berasakan Android 11, bicu audio 3.5mm dan pembesar suara stereo.

Xiaomi Redmi 10 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Carbon Gray,  Pebble White dan Sea Blue pada harga RM 649 bagi versi 4/64GB dan RM 749 bagi versi 6/128GB.

Pembelian boleh dibuat mulai 20 Ogos ini di stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee , Mi Authorise Store dan wakil pengedar rasmi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.