realme Flash akan menjadi telefon pintar pertama Android dengan pengecasan tanpa wayar magnetik MagDart
realme dilihat bakal memperkenalkan satu telefon pintar baharu tidak lama lagi iaitu realme Flash dan telefon pintar ini akan menyokong pengecasan tanpa wayar magnetik yang dikenali sebagai MagDart.
Teknologi ini adalah sama seperti yang ditawarkan oleh Apple pada iPhone 12 Series iaitu MagSafe namun realme Flash merupakan telefon pintar Android pertama untuk menggunakan teknologi ini.
Selain itu, cara pengecasan magnetik ini berfungsi juga hampir sama seperti magnetik namun teknologi MagDart dikatakan adalah lebih pantas daripada apa yang ditawarkan oleh MagSafe iaitu 15W dan ini juga bermaksud ianya akan menjadi teknologi pengecasan tanpa wayar magnetik terpantas didunia.
Selain itu, realme Flash juga akan hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 888, 12GB RAM dan 256GB storan dalaman serta realme UI 2.0 yang berasakan Android 11.
realme Flash dilihat akan memasuki pasaran India terlebih dahulu sebelum ke pasaran lain.