Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord 2 5G kini rasmi – telefon pintar pertama OnePlus dengan cip MediaTek Dimensity 1200 AI

OnePlus Nord 2 5G kini rasmi - telefon pintar pertama OnePlus dengan cip MediaTek Dimensity 1200 AI 11

OnePlus secara rasminya telah melancarkan OnePlus Nord 2 dan ianya merupakan telefon pintar OnePlus untuk hadir dengan cip pemprosesan daripada MediaTek.

OnePlus Nord 2 5G kini rasmi - telefon pintar pertama OnePlus dengan cip MediaTek Dimensity 1200 AI 12

Melompat terus kepada spesifikasi, OnePlus Nord hadir dengan skrin paparan FHD+ AMOLED berukuran 6.43-inci yang memiliki kadar segar semula 90Hz dan terdapat juga kamera selfie 32MP.

OnePlus Nord 2 5G kini rasmi - telefon pintar pertama OnePlus dengan cip MediaTek Dimensity 1200 AI 13

Beralih kepada bahagian kamera belakang, OnePlus Nord 2 tampil dengan sensor 50MP Sony IMX766 yang sama seperti pada telefon pontar flagship OnePlus 9 Pro dan ianya disertakan dengan sensor ultrawide 8MP dan sensor monokrom 2MP.

Seperti yang kami perkatakan di atas, ini adalah kami pertama didalam sejarah OnePlus melancarkan telefon pintar yang mempunyai cip pemprosesan selain daripada Snapdragon.

OnePlus Nord 2 5G kini rasmi - telefon pintar pertama OnePlus dengan cip MediaTek Dimensity 1200 AI 14
OnePlus Nord 2 tampil dengan cip direka khas oleh MediaTek iaitu Dimensity 1200 AI yang menawarkan prestasi hampir setaraf telefon pintar flagship dan ianya juga tampil didalam tiga pilihan RAM iaitu 6GB,8GB atau 12GB manakala storan dalama adalah 128GB atau 256GB.

OnePlus Nord 2 5G kini rasmi - telefon pintar pertama OnePlus dengan cip MediaTek Dimensity 1200 AI 15
OnePlus Nord 2 juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh (dwi-sel) yang membawakan sokongan pengecasan pantas 65W Warp Charge dan ini membolehkan anda mengecas peranti dari 0-100% dalam masa 30 minit sahaja.

Selain itu, OnePlus Nord 2 juga hadir dengan dual-speaker, antaramuka Oxygen OS 11.3 yang berasaskan Android 11 dan OnePlus juga menjanjikan akan menawarkan kemaskini dua generasi Android dan tiga tahun kemaskini keselamatan.

OnePlus Nord 2 hadir didalam dua warna iaitu Blue Haze Gray Sierra namun terdapat satu lagi warna iaitu Green Woods (kemasan kulit vegan) yang eksklusif untuk pasaran India.

Harga OnePlus Nord 2 di India bermula dari INR 27,999 bagi versi 6/128GB.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.