realme GT Master Edition akan dilancarkan pada 21 Julai – spesfikasi telah didedahkan
realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme GT Master Edition akan dilancarkan pada 21 Julai ini dan seperti biasa ianya akan ditawarkan di pasaran China terlebih dahulu.
realme GT Master Edition adalah satu lagi telefon pintar edisi terhad rekaan Naoto Fukusawa dan terdapat juga kemungkinan lebih dari satu telefon pintar edisi realme GT Master Edition dilancarkan.
Selain itu, spesifikasi realme GT Master Edition juga telah didedahkan dimana ianya akan hadir dengan skrin paparan 120Hz AMOLED berukuran 6.43-inci, pemproses Snapdragon 778G, 8GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 128 atau 256GB.
Beralih kepada kamera,realme GT Master Edition akan memiliki sensor utama 64MP yang turut disertakan bersama satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP manakala kamera selfie adalah 32MP.
Selain itu, realme GT Master Edition juga akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,300mAh yang turut memiliki sokongan pengecasan pantas 65W.
Lain-lain spesifikasi realme GT Master Edition adalah NFC, sensor capjari dalam skrin, realme UI 2.0, mod gaming GT dan ciri Dynamic RAM Expansion (DRE) yang memberikan tambahan 5GB RAM.
Pelancaran rasmi realme GT Master Edition akan berlangsung minggu hadapan.