Samsung Exynos 2200 dilaporkan menawarkan prestasi yang lebih baik dari Snapdragon 895
Cip Samsung Exynos 2200 telah kelihatan didalam ujian 3DMark Wild Life dengan 8134 mata yang mana ianya lebih tinggi dari Snapdragon 888 namun lebih penting daripda cip flagship generasi seterusnya iaitu Snapdragon 895.
Menurut pengguna Twitter @TheGalox, cip Exynos 2200 mempunyai peluang untuk menjadi cip pertama keluaran Samsung untuk hadir dengan prestasi CPU dan GPU yang lebih baik dari pencabar Snapdragon.
Lebih- lebih lagi, Exynos 2200 juga dijangka akan menawarkan prestasi GPU yang lebih baik berbanding Apple A15 namun prestasi CPU dikatakan masih menyebelahi Apple.
Walaubagaimanapun, tiada sebarang bukti atau data untuk menyokong dakwaan ini namun sumber ini ternyata mmrpunyai kredibiliti didalam memberikan maklumat yang betul.
Cip Exynos 2200 mungkin digunakan buat pertama kali pada telefon pintar siri Samsung Galaxy S22.