HUAWEI MatePad Pro 12.6 Olive Green kini ditawarkan pada harga RM 4,399

HUAWEI MatePad Pro 12.6 telah mula ditawarkan pasaran Malaysia sejak 18 Jun yang lalu sebagai peranti pertama HarmonyOS di Malaysia iaitu pada harga dari RM 3,999.
Kini, HUAWEI telah membuka pra-tempahan bagi HUAWEI MatePad Pro 12.6 Olive Green pada harga RM 4,399.
HUAWEI juga menawarkan hadiah percuma bernilai RM 549.70 yang termasuk HUAWEI Classic Backpack, , HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, 50GB HUAWEI Cloud Storage untuk 3 bulan dan akses HUAWEI Video VIP untuk 1 bulan dan 6 pass TVOD.
Menyentuh serba sedikit spesifikasi HUAWEI MatePad Pro 12.6 ini, ianya hadir dengan skrin paparan OLED pada resolusi 2560×1600 yang mempunyai kadar segar semula 60Hz.
Selain itu, tablet terbaru HUAWEI ini juga hadir dengan cip Kirin 9000E, WiFi 6+ , 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.
Pada bahagian belakang pula, HUAWEI MatePad Pro 12.6 memiliki satu sensor utama 13MP, satu sensor ultrawide 8MP dan sensor 3D Depth Sensing. Kamera selfie adalah 8MP.
Beralih kepada bateri, HUAWEI MatePad Pro 12.6 menampilkan bateri berkapasiti 10,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 40W dan pengecasan tanpa wayar 27W serta pengecasan wireless reverse charging pada kadar 10W.
HUAWEI MatePad Pro 12.9 kini ditawarkan untuk pembelian di HUAWEI Store Online, HUAWEI Experience Store, Lazada dan Shopee.