Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 5G Master Edition yang direka oleh Naoto Fukusawa bakal dilancarkan


Naib Presiden realme, Xu Qi Chase telah memuatnaik gambar bersama pereka terkemuka Jepun Naoto Fukusawa sebagai satu teaser kepada pelancaran telefon pintar baharu realme.

Walaubagaimanapun, Xu Qi Chase tidak mendedahkan sebagai maklumat mengenai model telefon pintar realme yang akan mendapat sentuhan Naoto Fukusawa.

Walaubagaimanapun, Digital Chat Station telah mendedahkan bahawa realme GT 5G Master Edition akan menjadi model yang direka oleh Encik Fukusawa seperti model-model Master Edition sebelum ini.

Sehingga kini, Naoto Fukusawa telah bersama realme didalam mengeluarkan beberapa telefon pintar Master Edition antaranya adalah realme X Master Edition, realme X2 Pro Master Edition dan realme X50 5G Master Edition yang mana setiap model hadir dengan inspirasi reka bentuk yang berbeza.

Buat masa ini masih belum jelas apakah inspirasi reka bentuk yang akan diperkenalkan pada realme GT 5G Master Edition.

realme X9 Pro Master Edition

Selain realme GT 5, realme X9 Pro juga dikatakan akan hadir didalam edisi Master Edition.

Akhir sekali, walaupun akan hadir dengan reka bentuk luaran yang berlainan, realme GT 5G Master Edition dijangka akan mengekalkan spesifikasi dalaman yang sama seperti edisi biasa yang kini telah mula memasuki pasaran Global.

realme GT 5G kini rasmi untuk pasaran global – Skrin 120Hz AMOLED & Snapdragon 888 dengan GT Mode

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.