Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Qualcomm akan melancarkan cipset Snapdragon 888 4G LTE – akan digunakan pada HUAWEI P50 Series


Qualcomm dilaporkan sedang merancang untuk mengeluarkan cip Snapdragon 888 tanpa sokongan 5G yang akan hadir dengan nombor model SM8450.

Cipset ini akan disasarkan kepada pengeluar yang ingin menjual telefon pintar mereka di pasaran yang masih belum menawarkan rangkaian 5G dan bagi HUAWEI yang tidak dibenarkan untuk menggunakan teknologi 5G daripada syarikat yang berasal dari Amerika Syarikat.

HUAWEI P50 Series dilaporkan akan dilancarkan pada 29 Julai dan ianya akan hadir dengan cip Snapdragon 888 4G.

HUAWEI dilarang sama sekali untuk berurusan dengan syarikat AS mengenai sebarang teknologi 5G dan ini termasuk ARM. Walaubagaimanapun, terdapat pengesahan daripada eksekutif syarikat bahawa produk LTE masih boleh dijual kepada HUAWEI.

Walaubagaimanapun, Google tidak terkecuali didalam senarai ini dan ini bermaksud HUAWEI P50 Series juga akan hadir ke pasaran tanpa GMS.

HUAWEI P50 Series akan hadir dengan sistem operasi HarmonyOS 2.0 yang masih berasaskan Android.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.