Honor 50 SE 5G dilancarkan secara rasmi dengan cip MediaTek Dimensity 900 – harga dari RM 1542
Pelancaran Honor 50 Series malam tadi juga menyaksikan satu model telefon pintar bajet diperkenalkan iaitu Honor 50 SE 5G.
Honor 50 Pro & Honor 50 kini rasmi dengan Skrin OLED 120Hz, Snapdragon 778G & Pengecasan 100W
Honor 50 SE 5G adalah satu-satunya model didalam keluarga ini yang hadir dengan cip pemprosesan MediaTek atau secara secara spesifiknya Dimensity 900 dan cip ini dipadankan dengan 8GB RAM dan dua kapasiti storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.
Beralih kepada skrin, Honor 50 SE 5G tampil dengan skrin paparan LCD FHD+ berukuran 6.78-inci dengan panel yang rata namun masih mengekalkan kadar segar semula 120Hz. Panel skrin ini juga mempunyai tebukan punch-hole yang menempatkan kamera selfie 16MP.
Pada bahagian belakang, Honor 50 SE 5G hadir dengan sensor utama 108MP yang sama seperti pada model Honor yang lain dan ianya disertakan dengan sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.
Selain itu, Honor 50 SE 5G hadir dengan bateri berkapasiti 4,400mAh dan ianya dipadankan dengan pengecasan pantas 66W.
Honor 50 SE 5G akan ditawarkan pada harga seperti berikut :
Honor 50 SE 5G 8/128GB – CNY 2,399 (RM 1,542)
Honor 50 SE 5G 8/256GB – CNY 2,699 (RM 1,735)
Honor 50 SE juga akan hadir dengan GMS yang kini kembali diberikan akses kepada peranti Honor.
Honor sahkan ianya kini kembali mempunyai akses kepada Google Mobile Service (GMS)