Kempen Vivo Dream Field : Vivo akan menderma RM 35 kepada kelab bola sepak kurang upaya bagi setiap peranti vivo yang dijual di vivo eStore
Bersempena dengan pelancaran UEFA EURO 2020, vivo Malaysia telah mengumumkan kempen vivo Dream Field, di mana rakyat Malaysia dijemput untuk berkongsi impian bola sepak mereka dengan dunia dan meraikan minat mereka untuk bola sepak bersama, dan ini termasuk atlet bola sepak orang kelainan upaya.
Kempen vivo Dream Field yang akan dilancarkan dalam dua fasa – program vivo Care dan kempen ‘My Football Dream’ – bertujuan untuk memberi peluang kepada semua orang untuk mengejar impian mereka dan mengalami kebahagiaan sambil merakam detik indah mereka semasa kejohanan UEFA EURO 2020 yang kini sedang berlangsung.
vivo Malaysia akan memulakan fasa pertama kempen vivo Dream Field dengan kerjasama dengan Pan-Disability Football Club.
Di bawah inisiatif Program vivo Care, vivo memberi peluang kepada pelanggan memainkan peranan mereka dengan membeli telefon pintar melalui e-kedai rasmi vivo, dan dengan setiap pembelian, vivo akan menyumbang RM35 kepada Pan-Disability Football Club.
Dana yang dikumpulkan akan disalurkan kepada kelab bola sepak ini untuk membina pusat latihan khusus dan fasiliti bola sepak kurang upaya di Malaysia. Kempen pengumpula dana ini akan dijalankan dari 11 Jun hingga 11 Julai 2021.
Pan-Disability Football Club adalah program penyertaan bola sepak yang membolehkan kanak-kanaka dan orang dewasa dengan ketidakupayaan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak teratur dan sesi latihan dalam persekitaran yang selamat dan menyeronokkan.
Kelab ini menganjurkan bola sepak sebagai alat pembangunan sosial untuk 10 klasifikasi orang kurang upaya.
Maklumat lanjut mengenai kempen “vivo Dream Field” dan kolaborasi dengan Pan-Disability Football club boleh diketahui di Facebook vivo Malaysia atau vivo e-store.