Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Tawar Promosi Menarik Bagi Pembelian Galaxy S21 Series Pada 26 – 30 Mei ini

Samsung Tawar Promosi Menarik Bagi Pembelian Galaxy S21 Series Pada 26 - 30 Mei ini 5
Samsung Mobile Malaysia telah mengumumkan satu promosi menarik bagi pembelian telefon pintar Galaxy S21 Series 5G pada 26 27 Mei hingga 30 Mei ini.

Terdapat beberapa promosi yang ditawarkan oleh Samsung dengan pembelian mana-mana model telefon pintar Samsung Galaxy S21 Series iaitu Galaxy S21, Galaxy S21+ atau Galaxy S21 Ultra.

Kesemua model ini akan menerima rebat serta merta bernilai RM 400 serta dua tahun waranti Samsung Care+ bernilai RM 630 yang menawarkan perlindungan kerosakan yang lebih komprehensif.

Samsung Tawar Promosi Menarik Bagi Pembelian Galaxy S21 Series Pada 26 - 30 Mei ini 6

Selain itu, pembelian Galaxy S21+ 5G dan Samsung Galaxy S21 Ultra 5G juga akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 917 yang seperti berikut :

Samsung Galaxy S21 Ultra 5G (RM 917)

  • 1 unit Galaxy SmartTag (2-Pack) (bernilai RM209)
  • 1 unit Galaxy Buds+ (bernilai RM449)
  • 1 unit Wireless Charger Duo (bernilai RM259)

Samsung Galaxy S21+ 5G (RM 658)

  • 1 unit Galaxy SmartTag (2-unit) (bernilai RM209).
  • 1 unit Galaxy Buds+ (bernilai RM449)

Akhir sekali, Samsung juga menawarkan program trade-in yang membolehkan anda menukar telefon pintar lama anda untuk membeli Galaxy S21 Series 5G (sehingga RM 4,590 bergantung kepada model dan jenama).

Baca : ULASAN : Samsung Galaxy S21 Ultra Malaysia – peranti flagship yang berciri Ultra pada semua aspek

*kemaskini – Samsung umumkan promosi ini akan bermula dari 26 Mei hingga 30 Mei 2021

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.