Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X7 Max 5G akan dilancarkan 31 Mei – skrin AMOLED 120Hz dan cip Dimensity 1200

realme X7 Max 5G akan dilancarkan 31 Mei - skrin AMOLED 120Hz dan cip Dimensity 1200 1

realme X7 Max 5G akan dilancarkan 31 Mei - skrin AMOLED 120Hz dan cip Dimensity 1200 2
realme telah mengesahkan bahawa realme X7 Max 5G akan dilancarkan secara rasmi pada 31 Mei ini.

realme X7 Max 5G adalah telefon pintar yang sama seperti realme GT Neo yang diperkenalkan di China beberapa bulan lalu.

Terus kepada spesifikasi, realme X7 Max 5G hadir dengan skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.43-inci dan ianya memiliki kadar segar semula 120Hz dan kadar pensampelan skrin 360Hz

Selain itu, Dimensity 1200 pada realme X7 Max 5G ini juga dipadankan dengan tiga kapasiti RAM iaitu 6GB,8GB dan 12GB manakala storan dalaman adalah antara 128GB atau 256GB.

realme X7 Max 5G akan dilancarkan 31 Mei - skrin AMOLED 120Hz dan cip Dimensity 1200 3

Beralih kepada bahagian kamera, realme X7 Max 5G  juga akan menampilkan tetapan tri-kamera iaitu sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP manakala kamera selfie adalah 16MP jenis punch-hole.

Selain itu, realme X7 Max 5G memiliki bateri 4,500mAh yang sama seperti realme GT 5G tetapi dengan sokongan pengecasan pantas 50W namun realme masih menawarkan adapter 65W didalam kotak.

 

Selain itu, realme juga dilihat memfokuskan kepada gamers dan telefon pintar ini memiliki dua plat grafit serta satu sistem penyejukan cecair pada bahagian komponen telefon pintar ini.

Lain-lain spesifikasi realme X7 Max 5G adalah realme UI 2.0, Wi-Fi 6 dan banyak lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.