Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme narzo 30 dengan cip Helio G95 akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Mei ini

realme narzo 30 dengan cip Helio G95 akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Mei ini 5
Susulan daripada pelancaran realme 8 Pro dan realme Narzo 30A ke pasaran Malaysia, realme telah mengesahkan bahawa realme Narzo 30 akan dilancarkan pada 18 Mei dan Malaysia adalah pasaran pertama didunia untuk menerima model ini.

realme Narzo 30 dijangka hadir dengan cip pemprosesan gaming terbaik didalam segmen harga iaitu dengan penggunaan cip MediaTek Helio G95 yang sangat berkuasa dan efisien.

realme narzo 30 dengan cip Helio G95 akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Mei ini 6
Selain dairpada itu, realme Narzo 30 dijangka akan hadir dengan skrin paparan 6.5-inci LCD 90Hz pada resolusi FHD+.

Seterusnya, Narzo 30 juga akan hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang memiliki pengecasan pantas 30W, tetapan tri-kamera 48MP dan sensor capjari pada bahagian sisi.

Apa pun segala maklumat rasmi mengenai realme Narzo 30 boleh diperoleh pada hari pelancaran telefon pintar ini di Malaysia iaitu pada 18 Mei 2020.

Anda boleh menonton majlis pelancaran realme Narzo 30 di Facebook realme Malaysia pada 18 Mei jam 12 tengahari.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.