Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy M12 akan ditawarkan di Malaysia mulai 5 Mei pada harga promosi RM 599 di Shopee


Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa model Galaxy M Series yang terbaru iaitu Galaxy M12 akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee mulai 5 Mei ini.

Samsung Galaxy M12 hadir dengan skrin paparan PLC IPS 90Hz berukuran 6.5-inci iaitu dengan resolusi HD+ dan kepadatan piksel 270ppi.

Selain itu, Samsung Galaxy M12 menggunakan pemproses 8nm Exynos 850 yang dipadankan dengan 4GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Beralih kepada kamera, Galaxy M12 mempunyai 4 sensor kamera dibelakang iaitu satu sensor 48MP, satu sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 8MP.

Samsung Galaxy M12 juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dan anda juga akan menerima sokongan pengecasan pantas pada kadar 15W.

Samsung Galaxy M12 akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu biru dan hijau dengan harga penjualan RM 799 namun pada 5 Mei ini, anda boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM 599 sahaja iaitu 25% lebih murah berbanding harga asal.

Walaubagaimanapun, hanya 1,000 unit Galaxy M12 ini akan ditawarkan pada harga istimewa ini di Shopee.

Dapatkan Galaxy M12 di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.