Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo Y20s G kini rasmi di Malaysia dengan cipset Helio G80 – harga promosi hanya RM 699


Vivo secara rasminya telah mengumumkan penawaran Vivo Y20s G ke pasaran Malaysia yang kini ditawarkan secara eksklusif di stor atas talian Vivo Malaysia serta di stor rasmi vivo Malaysia di Lazada dan Shopee.

Vivo Y20s G hadir dengan cipset gaming MediaTek Helio G80 yang dipadankan dengan 6GB RAM dan 128GB storan dalaman serta optimasi HyperEngine Game Technology.

Selain itu, Vivo Y20s G juga memiliki skrin paparan Halo FullView berukuran 6.51-inci namun sedikit mengecewakan resolusi skrin ini adalah HD+ manakala sensor capjari telah diletakkan dibahagian sisi.

Bercakap mengenai kamera, Vivo Y20s G akan tampil dengan tetapan tiga kamera dibelakang iaitu sensor utama 13MP f/2.2, sensor makro 2MP dan sensor bokeh 2MP. Kamera selfie adalah 8MP

Beralih kepada kapasiti bateri, Vivo Y20s G hadir dengan bateri 5,000mAh yang juga disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Lain-lain spesifikasi Vivo Y20s G adalah antaramuka FunTouch OS 11, Multi-Turbo 3.0 dan banyak lagi.

Vivo Y20s G kini ditawarkan pada harga promosi jualan pertama iaitu RM 699 sahaja (harga asal RM 799) dan ianya hadir didalam dua pilihan warna iaitu Obsidian Black dan Purist Blue.

Setiap pembelian juga akan menerima sport wireless earphones bernilai RM 69.

Dapatkan Vivo Y20s G di vivo E-store, dan stor flagship Vivo di Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.