Apple dilaporkan akan melancarkan iPhone foldable pada tahun 2023
Ming-Chi Kuo merupakan penganalisa Apple yang amat dipercayai dan laporan terbaru beliau mendakwa bahawa syarikat gergasi Cupertino ini sedang membangunkan iPhone foldable yang akan dilancarkan pada tahun 2023.
Selain itu, Kuo juga telah memperoleh beberapa maklumat spesifikasi telefon pintar ini yang mana ianya dikatakan akan hadir dengan skrin paparan utama berukuran 8.0-inci yang memiliki resolusi QHD+.
Panel skrin utama ini akan dibekalkan oleh Samsung dan Apple menganggarkan untuk menjual sekitar 15 hingga 20 juta unit iPhone foldable.
Walaubagaimanapun, Kuo juga menekankan bahawa laporan ini adalah spekulatif dan jika permintaan bagi telefon pintar foldable seperti yang dijangkakan, Apple mungkin membatalkan perancangan ini.