100,000 unit Redmi K40 Gaming terjual dalam 60 saat – mungkin ke pasaran antarabangsa sebagai Poco F3 GT
Telefon pintar gaming pertama Redmi iaitu Redmi K40 Gaming telah dilancarkan pada penghujung bulan lalu dan penjualan pertama telefon pintar ini di China telah menyaksikan sebanyak 100,000 unit telah terjual didalam masa 60 saat sahaja.
Redmi K40 Gaming kini rasmi dengan Cip Dimensity 1200 – Edisi Khas Bruce Lee juga ditawarkan
Redmi K40 Gaming Edition ini tampil dengan 5 konfigurasi yang termasuk edisi khas Bruce Lee pada harga dari CNY 1,999 (RM 1,264) sehingga CNY 2,699 (RM 1,706).
Selain itu, Redmi K40 Gaming ini sudah pastinya adalah peranti yang dinantikan pelancaranya ke pasaran antarabangsa dan kita mungkin menerima model ini dibawah keluarga Pocophone atau secara spesifiknya Poco F3 GT.
Setakat ini Xiaomi belum memberikan sebarang pengesahan rasmi mengenai perancangan ini.