Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi bakal menawarkan ciri Memory Extension yang menggunakan storan dalaman sebagai RAM tambahan

Xiaomi bakal menawarkan ciri Memory Extension yang menggunakan storan dalaman sebagai RAM tambahan 1

Xiaomi bakal menawarkan ciri Memory Extension yang menggunakan storan dalaman sebagai RAM tambahan 2
Penggunaan storan dalaman sebagai RAM dilihat satu teknologi yang semakin mendapat perhatian dan kredit harus diberikan kepada Vivo sebagai syarikat pertama untuk menawarkan teknologi inovatif ini.

Fungsi ini memberikan anda tambahan sehingga 3GB RAM yang menjadikan kapasiti RAM yang lebih besar.

Terbaru, Xiaomi dilaporkan sedang membangunkan ciri ini bagi telefon pintar keluaran mereka.

Xiaomi bakal menawarkan ciri Memory Extension yang menggunakan storan dalaman sebagai RAM tambahan 3

Tipster telah menemui kod sumber yang diberi nama “Memory Extension” pada MIUI 12 dan ini membolehkan storan digunakan sebagai RAM tambahan (kapasiti masih belum diketahui namun tipster menetapkan 1GB storan untuk percubaan)

Selain itu, masih belum ada sebarang maklumat samada ciri ini akan ditawarkan pada model mana namun ianya pasti lebih baik jika ditawarkan pada peranti yang mempunyai kapasiti RAM yang lebih kecil dan bukan hanya terhad kepada peranti flaghsip.

Buat masa ini juga belum ada sebarang pengesahan bila ciri Memory Extension akan ditawarkan kepada peranti Xiaomi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.