Redmi K40 Gaming kini rasmi dengan Cip Dimensity 1200 – Edisi Khas Bruce Lee juga ditawarkan
Redmi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar gaming pertama mereka dan ianya dikenali sebagai Redmi K40 Gaming Edition.
Redmi K40 Gaming Edition menampilkan pengunaan cipset 6nm Dimensity 1200, 3 pilihan RAM iaitu 6GB,8GB atau 12GB manakala storan dalaman adalah antara 128GB atau 256GB.
Beralih kepada bahagian skrin, Redmi K40 Gaming Edition ini menampilkan penggunaan panel AMOLED FHD+ berukuran 6.67-inci dengan sokongan 10-bit (1.067 billion) warna, HDR10+, DCI-P3 dan semestinya kadar segar semula 120Hz.
Selain itu, aspek penyejukan Redmi K40 Gaming pula dicapai menggunakan graphene, grafit dan ruang wap.
Pada bahagian kamera, Redmi K40 Gaming memiliki sensor utama Quad-Bayer 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.
Selain itu, Redmi K40 Gaming hadir dengan bateri berkapasiti 5,065mAh dan sokongan pengecasan pantas 67W.
Akhir sekali, audio Redmi K40 Gaming pula menyaksikan penawaran pembesar suara stereo JBL yang juga mempunyai sokongan Hi-Res Audio dan Dolby Atmos.
Berikut adalah harga bagi Redmi K40 Gaming Edition:
Redmi K40 Gaming Edition 6/128GB – CNY 1,999 (RM 1,261)
Redmi K40 Gaming Edition 8/128GB – CNY 2,199 (RM 1,388)
Redmi K40 Gaming Edition 8/256GB – CNY 2,399 (RM 1,514)
Redmi K40 Gaming Edition 12/128GB – CNY 2,399 (RM 1,514)
Redmi K40 Gaming Edition 12/256GB – CNY 2,699 (RM 1,703).
Selain itu, Redmi juga melancarkan K40 Gaming Edition edisi khas Bruce Lee pada harga CNY 2,799 (RM 1,766) dengan storan dalaman 12/256GB.
Maklumat penawaran antarabangsa bagi Redmi K40 Gaming Edition ini masih belum diketahui.