Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme akan lancarkan 7 produk AIoT pada 30 April ini

realme akan lancarkan 7 produk AIoT pada 30 April ini 3
Sempena Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, realme telah mengumumkan pelancaran 7 produk AIoT pada 30 April ini.

Antara produk AIoT yang akan dilancarkan pada AIoT Grand Launch Season 3 adalah tiga peranti audio iaitu realme Buds Q2, realme Buds Air 2 Neo dan realme Cobble Bluetooth Speaker yang hadir dengan teknologi Bass Boost+.

Selain itu, realme juga akan memperkenalkan dua jam pintar iaitu realme Watch 2 dan realme Watch S Master Edition yang dihasilkan dengan kerjasama artis pop Korea iaitu Grafflex.

Seterusnya, realme juga akan memperkenalkan realme Motion Activated Night Light dan sel bateri realme Alkaline yang diperbuat daripada bahan mesra alam dan bebas merkuri.

Pastikan anda tidak terlepas untuk menyaksikan pelancaran rasmi AIOT Grand Launch Season 3 pada 30 April jam 12 tengahari di Facebook realme Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.