Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 8 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Mei


Selepas pelancaran Asus ROG Phone 5, syarikat ini nampaknya kini telah mengalihkan perhatian kepada pelancaran siri Asus ZenFone 8 dan pelancaran rasmi telefon pintar ini telah disahkan akan berlangsung pada 12 Mei 2021.

Selain itu, Asus ZenFone 8 iaitu dengan nombor model ASUS_I004D juga telah dikesan di Geekbench dengan cip Snapdragon 888, 8GB RAM dan Android 11.

Selain daripada itu, beberapa maklumat sebelum ini juga mendedahkan bahawa kesemua model didalam siri Asus ZenFone 8 ini akan hadir dengan cip Snapdragon 888 dan skrin paparan AMOLED 120Hz dengan resolusi FHD+.

Bercakap mengenai kamera, Asus ZenFon 8 akan tampil dengan sensor kamera 64MP Sony IMX686 bersama-sama satu lagi sensor IMX663 yang belum dilancarkan manakala pengecasan pantas pada Siri telefon pintar flagship Asus ini adalah 30W.

Siri Asus ZenFone 8 akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Mei 2021.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.