Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 8 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,299 sahaja

realme 8 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,299 sahaja 11realme secara rasminya telah melancarkan realme 8 Pro ke pasaran Malaysia dan ianya akan ditawarkan pada harga RM 1,299

realme 8 Pro adalah model yang mencuri tumpuan kerana ianya menjadi telefon pintar pertama realme dengan sensor 108MP namun sedikit mengecewakan cipset  realme 8 Pro ini masih Snapdragon 720G seperti pada realme 7 Pro.

realme 8 Pro hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 60Hz berukuran 6.4-inci selain touch sampling rate 180Hz.

Dari segi RAM, realme 8 Pro ditawarkan didalam dua kapasiti RAM iaitu 6 atau 8GB manakala storan dalaman adalah 128GB dan terdapat slot microSD.

realme 8 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,299 sahaja 12

Sebab utama anda patut mempertimbangkan realme 8 Pro adalah kerana kameranya, telefon pintar ini hadir dengan sensor 108MP Samsung HM2.

Sensor utama ini juga dipadankan dengan sensor biasa yang digunakan pada kebanyakkan telefon pintar realme lain dipasaran iaitu sensor Ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor B&W 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

realme 8 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,299 sahaja 13
Beralih kepada bateri, realme 8 Pro memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh yang disertakan dengan adapter pengecasan 65W namun kadar pengecasan maksima yang ditawarkan telefon pintar ini adalah 50W yang memberikan pengecasan penuh didalam masa 47 minit.

Selain itu, realme 8 Pro juga menyokong sensor capjari terbina dalam skrin dan Always On Display.

realme 8 Pro akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Illuminating Yellow, Infinite Black dan Infinite Blue

realme 8 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,299 sahaja 14

realme 8 Pro akan ditawarkan untuk pra-tempahan mulai hari ini sehingga 30 April 2021 (jualan rasmi bermula dari 1 Mei 2021).

pra-tempahan realme 8 Pro boleh dilakukan di stor realme seperti di SINI

Setiap pra-tempahan juga akan menerima humidifier, card holder, realmeow badges dan banyak lagi yang bernilai RM 169.

realme 8 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,299 sahaja 15

Anda juga akan menerima tambahan waranti selama setahun apabila mengambil realme 8 Pro yang ditempah di realme stor mulai 1 Mei 2021.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.