Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Alat Pengesan Apple AirTag kini rasmi – RM 149 setiap satu


Selepas lama diperkatakan, Apple secara rasminya telah memperkenalkan alat pengesan Apple AirTag dan ianya akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 149 setiap satu.

Apple AirTag hadir dengan teknologi Ultra Wide Band yang mana ianya boleh dikesan menggunakan aplikasi Find My.

Apple iPad Pro kini rasmi dengan Cip M1, panel mini-LED 120Hz pada harga dari RM 3,499

Selain itu, Apple AirTag juga mempunyai pensijilan kalis air IP67, sel bateri CR2032 yang mempunyai ketahanan sehingga setahun dan boleh diganti sendiri oleh pengguna.

 

Selain itu, bagi Siri Apple iPhone 11 dan iPhone 12, lokasi terakhir AirTag akan dipaparkan pada Maps dan boleh dikesan menggunakan Bluetooth (jika didalam jangkauan Bluetooth), cip U1 dan Ultra Wide Band yang terbina.

Apple mengelarnya Precision Finding dan jika anda menetapkan AirTag sebagai ‘lost’ ia akan menghantar contact information kepada iPhone yang berhampiran selain mengemas kini lokasi dari semasa ke semasa menggunakan peranti iPhone yang lain.

Apple juga menawarkan ukiran laser pada AirTag secara percuma dengan pembelian di Apple.com

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.