Samsung Galaxy Z Fold2 kini menerima potongan harga sebanyak RM 1,000
Samsung Malaysia telah mengumumkan telefon pintar foldable Galaxy Z Fold2 kini ditawarkan dipasaran tempatan pada harga RM 6,999 sahaja
Samsung Galaxy Z Fold2 telah dilancarkan di Malaysia pada bulan September yang lalu pada harga RM 7,999.
Ini bermaksud Samsung Galaxy Z Fold2 kini adalah RM 1,000 lebih murah berbanding sebelum ini.
Samsung Galaxy Z Fold2 hadir dengan banyak penambahbaikan dari semua sudut apabila dibandingkan dengan Samsung Galaxy Fold.
Skrin paparan luar atau Cover Screen Samsung Z Fold2 kini lebih besar iaitu 6.2-inci dan ianya adalah panel Super AMOLED dengan nisbah 25:9.
Pada bahagian dalaman pula, skrin paparan boleh lipat Samsung Galaxy Z Fold2 ini adalah panel Dyamic AMOLED 22.5:18 dengan kadar segar semula 120Hz dan ianya juga dilapisi Ultra Thin Glass (UTG) untuk kualiti imej yang lebih terang dan kemasan premium.
Engsel sisi Galaxy Z Fold2 juga ditambahbaik dan ianya adalah generasi ketiga, ianya diberi kama Hideaway Hinge yang membolehkan Galaxy Z Fold2 berdiri kukuh pada 75 hingga 115 darjah
Selain itu, terdapat struktur antara rangka dan engse yang berfungsi untuk memastikan tiada debu dan serpihan memasuki bahagian dalaman telefon pintar ini.
Samsung Galaxy Z Fold2 juga disertakan dengan sensor tri-kamera utama iaitu satu sensor utama 12MP f/1.8, satu sensor telefoto 12MP f/2.4 2x Zoom dan satu sensor ultrawide juga pada resolusi 12MP dengan aperture f/2.2.
Samsung Galaxy Z Fold 2 juga disertakan dengan dua kamera selfie iaitu satu sensor 10MP f/2.2 pada cover screen dan satu lagi pada bahagian atas skrin dalam di sebelah kanan yang mana ianya juga pada resolusi 10MP.
Skrin hadapan Galaxy Z Fold2 juga boleh digunakan sebagai viewfinder dan anda boleh mengambil gambar menggunakan salah satu daripada tiga kamera utama yang disertakan.
Beralih kepada bahagian dalaman, Samsung Galaxy Z Fold2 juga disertakan dengan pemproses Snapdragon 865+ yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB jenis UFS 3.1
Beralih kepada bateri pula, Samsung Galaxy Z Fold2 disertakan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W selain pengecasan tanpa wayar dan pengecasan PowerShare (reverse charging).
Samsung Galaxy Z Fold2 juga hadir dengan sokongan 5G jenis mmWave dan sub-6GHz.
Anda boleh memilih untuk memiliki Samsung Galaxy Z Fold2 ini didalam dua warna iaitu Mystic Black atau Mystic Bronze.
Dapatkan Galaxy Z Fold2 di Samsung Malaysia